NOTA PENDIDIKAN KHAS BAB 5 & 6
NAMA KUMPULAN:
1) AIDA BINTI SAIDIN
2) ANIS NADYA BINTI REJMI
3) AZNEEN AMIRAH BINTI MOHD AMIR SYAM
3) AZNEEN AMIRAH BINTI MOHD AMIR SYAM
OBJEKTIF BLOG INI ADALAH UNTUK MEMBERI PENGETAHUAN KEPADA PEMBACA MENGENAI ASAS PENDIDIKAN KHAS. TUMPUAN TOPIK YANG DIPAPARKAN DALAM BLOG INI ADALAH
1) DEFINISI MASALAH KOMUNIKASI, KEPERLUAN DAN CIRI-CIRI.2) DEFINISI PINTAR CERDAS, KEPERLUAN DAN CIRI-CIRI.
3) DEFINISI AUTISME SPECTRUM DISORDERS, KEPERLUAN DAN CIRI-CIRI.
4) ISU DAN TRENDA PENDIDIKAN KHAS
5) PELAKSANAAN PELBAGAI JENIS PENGUBAHSUAIAN
6) PENYEDIAAN PELBAGAI JENIS PERKHIDMATAN KHAS
7) KHIDMAT SOKONGAN YANG DIPERLUKAN OLEH KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS
BAB 5 MASALAH KOMUNIKASI, PINTAR CERDAS DAN AUSTISM SPECTRUM DISORDER
DEFINISI MASALAH DALAM KOMUNIKASI
Ia adalah dengan variasi hubungan antara artikulator-lidah, gigi, bibir, dan rahang bawah dan langit-langit lembut - vokal dan konsonan berbeza menjadi berbeza. Apabila hubungan ini diganggu oleh kesalahan dalam penempatan, masa, tekanan arah atau integrasi, bunyi ucapan yang salah berlaku; ada yang tidak hadir dari repertoir kanak-kanak. Persatuan Pendengaran Bahasa Ucapan Amerika mendefinisikan gangguan komunikasi sebagai gangguan dalam keupayaan untuk menerima, menghantar, memproses dan memahami konsep atau sistem lisan, simbol nonverbal dan simbol grafik. Gangguan komunikasi mungkin terbukti dalam proses pendengaran, bahasa atau ucapan.
CIRI-CIRI MASALAH KOMUNIKASI DAN BAHASA
• Perbendaharaan kata yang terhad
• Tatabahasa atau sintaks yang salah
• Pengulangan maklumat berlebihan
• Kesukaran dalam merumuskan soalan
• Bersusahlah mengikuti arahan lisan
• Mempunyai kesulitan memahami bahasa humor atau kiasan
• Mempunyai kesukaran untuk memahami ayat kompleks dan rumit
• Mempunyai kesukaran menjawab soalan dengan betul
KEPERLUAN KANAK-KANAK MASALAH KOMUNIKASI DAN BAHASA
- Memberi khidmat nasihat kepada mereka.
- Menempatkan di tempat kelas khas supaya dapat memenuhi keperluan mereka.
- Menjalani terapi empat/lima kali semingggu.
DEFINISI AUTISME SPEKTRUM DISORDERS
Autisme adalah gangguan perkembangan neurobiologi yang kompleks yang berlangsung sepanjang hayat seseorang. Orang yang mempunyai autisme mempunyai masalah dengan interaksi sosial dan komunikasi, jadi mereka mungkin menghadapi masalah untuk mengadakan perbualan dengan anda, atau mereka mungkin tidak melihat anda di mata.
Gangguan autism spectrum disorders (ASD) adalah gangguan neurologi dan perkembangan yang bermula pada zaman kanak-kanak dan berlangsung sepanjang hayat seseorang. Ia mempengaruhi bagaimana seseorang bertindak dan berinteraksi dengan orang lain, berkomunikasi, dan belajar. Ia termasuk apa yang biasa dikenali sebagai sindrom Asperger dan gangguan perkembangan yang meluas.
CIRI-CIRI AUTISM SPECTRUM DISORDERS DISORDERS
1. Kemerosotan kualitatif dalam interaksi sosial, contohnya ditandakan kemerosotan dalam penggunaan pelbagai kelakuan nonverbal seperti mata ke mata, ekspresi muka.
2. Kemerosotan kualitatif dalam komunikasi seperti contoh-contoh yang diwujudkan yang kurang bervariasi atau bermain imitasi sosial sesuai dengan tahap perkembangan.
3. Corak tingkah laku, minat dan aktiviti stereotip yang berulang dan stereotaip.
4. Tiada hubungan mata.
5. Mengulangi percakapan dan perbuatan yang sama.
6. Tidak mempunyai deria sehinggakan sanggup melukakan diri sendiri.
KEPERLUAN AUTISM SPEKTRUM DISORDERS
1. Golongan ini memerlukan pendidikan akademik.
2. Pendidikan yang mengajar mereka kemahiran untuk berkomunikasi dan bersosial.
3. Mengambil guru tambahan atau sokongan dalam bilik darjah.
4. Gunakan cara yang mudah difahami untuk mengajar contohnya menggunakan gambar atau susunan jadual.
5. Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran supaya kanak-kanak bersedia.
DEFINISI PINTAR CERDAS DALAM EDUCATING EXCEPTIONAL CHILDREN
Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.
Terdapat ahli
professional yang memberi definisi pintar cerdas berdasarkan skor kecerdasan/IQ (con: WISC) di atas
130 atau140, ataupun dua sisihan piawai lebih daripada normal (norm), atau 2.5% daripada
populasi.
CIRI-CIRI PINTAR CERDAS
-Pengamatan (Observation) tinggi
-Keinginan untuk tahu tinggi (Curiosity)
-Minat mendalam (Deep interests)
-Menerima infomasi dengan pantas (Fast Absorption Rate)
-Ingatan yang tinggi (High Memory)
-Mungkin dapat membaca lebih awal (Early Reading Skills)
-Kerap membaca serta meluas
-Tatabahasa yang tinggi
-Tahap penumpuan yang lama
-Kebolehan menyelesaikan masalah
-Suka bertanya dengan lebih teliti
-Keupayaan imaginasi yang tinggi
-Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
-Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
-Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
-Bersemangat dan bertenaga
-Pandai berjenaka
-Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
KEPERLUAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
- memberi perhatian yang wajar kepada pelajar pintar cerdas kerana menganggap mereka tidak perlu diberi program pendidikan dan bimbingan yang khusus.
- Ibu bapa perlu mengeratkan hubungan bersama kanak kanak pintar cerdas supaya tidak merasa dirinya disisihkan.
ISU DAN TRENDA
KECACATAN
PELBAGAI
Kanak-kanak
yang mempunyai kecacatan pelbagai adalah mereka yang mempunyai dua atau lebih
kecacatan seperti kecacatan mental disertai masalah penglihatan, masalah
pendengaran serta keadaan yang melumpuhkan.
PELABELAN
Isu
pelabelan memberi implikasi terhadap murid, ibu bapa, guru dan sekolah.
Implikasi terhadap murid ialah kopetensi murid tidak dapat dipertingkatkan,
mengakibatkan murid berasa rendah diri dan kurang yakin, tingkah laku murid
yang tidak diingini berlaku.
Implikasi terhadap ibu bapa ialah hubungan ibu bapa dan pihak sekolah atau guru-guru
akan terbatas, ibu bapa akan menganggap anak-anak mereka tiada potensi dalam
pelajaran dan ibu bapa akan terus membiarkan anak kerana berasa malu.
Implikasi terhadap guru dan sekolah ialah hubungan komuniti guru dengan guru khas akan
renggang.
3.
PENDIDIKAN
INKLUSIF
Program
Pendidikan inklusif ialah suatu program Pendidikan bagi murid berkeperluan
Pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-sama dengan
murid normal dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan.
4.
KURIKULUM
BERORIENTASIKAN KERJAYA
Kerjaya
guru Pendidikan khas perlu melalui kursus dalam perkhidmatan supaya dapat
meningkatkan pengetahuan profesionalisme keguruan di kalangan guru seiring
dengan perkembangan global. Melalui kursus ini, guru perlulah memberikan
kurikulum kepada kanak-kanak keperluan khas supaya yakin bahawa mereka juga
mampu mempunyai kerjaya yang mereka minati. Kurikulum berorientasikan kerjaya ini
dapat menguatkan lagi semangat kanak-kanak keperluan khas dan berdikari dalam
kehidupan malah dapat mencapai kerjaya yang dingini.
5.
PENEKANAN
KEPADA PERANAN IBU BAPA
Ibu
bapa perlu menghadirkan diri di sekolah ketika anak-anak menyertai apa-apa
pertandingan dengan memberi sokongan dan kerjasama kepada sekolah. Ibu bapa
juga perlu menggunakan peluang ini untuk berinteraksi dengan guru dan
bertanyakan tentang peningkatan anak mereka di dalam kelas. Kanak-kanak akan
berasa seronok dan merasa dirinya dihargai kerana ibu bapa sentiasa menyokong
dalam penglibatan anak.
BAB 6 KHIDMAT
SOKONGAN
l
Pelaksanaan Pelbagai Jenis Pengubahsuaian
A) Persekitaran
- Persekitaran merangkumi kawasan sekeliling termasuklah bilik darjah.
Ianya melibatkan semua kemudahan yang ada di sesebuah sekolah.
- Guru pendidikan khas harus menggunakan kebijaksaan serta kreativiti
mereka untuk mengubah suai bilik darjah yang ada supaya menarik, kondusif untuk
belajar dan dapat menarik minat murid berkeperluan khas datang ke sekolah.
- Secara umumnya, bilik darjah menjadi tempat atau rumah kedua bagi murid
sekolah semasa sesi persekolahan. Sesi persekolahan bagi muris pendidikan
adalah berdasarkan peringkat sekolah contohnya :
A) Sekolah
rendah - 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.
B) Sekolah
menengah - 7.30 pagi sehingga 1.15 petang
- Jika pengurusan dan pengelolaan bilik darjah berjalan dengan kemas,
baik dan selesa, proses pengajaran dan pembelajaran juga merjalan dengan
lancar.
-Pengurusan yang cemerlang seharusnya dijadikan objektif dalam
pengurusan Program Pendidikan Khas supaya murid pendidikan khas juga berhak
mendapat pendidikan yang sebaik-baik mungkin.
-Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia telah membelanjakan
wang yang banyak untuk program integrasi di sekolah rendah dan menengah.
-Pengurusan bilik darjah perlu meliputi perkara berikut:
A) Susunan
perabot - disusun dengan rapi di dalam kelas dan menyediakan ruang jalan untuk
memudahkan pelajar yang menggunakan kerusi roda bergerak.
B) Sudut mata
pelajaran- bilik darjah purlu menyediakan sudut mata pelajaran untuk dijadikan
sebagai mini perpustakaan untuk kelas tersebut.
C) Pengujian
(pentaksiran & penilaian)
-Penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik
melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna
bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan pada sesuatau objektif
pendidikan.
-Suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan
khususnya dalam bidang pendidikan disleksia dan segala keputusan yang dibuat
berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran.
-Guru memerlukan maklumat yang dikumpul untuk menjalankan pengajaran
yang sesuai dengan tahap kebolehan murid tersebut melalui pelbagai cara
pengujian.
Ujian
Standart atau Formal
|
- Ujian
yang telah siap dibina.
- Ujian
mempunyai skor yang perlu dicapai oleh murid-murid dan guru untuk
perbandingan prestasi.
|
Ujian Tidak
Formal
|
-
Dijalankan secara individu atau berkumpulan
- Dibina
oleh guru
- Lisan
atau kumpulan
- Tidak
melibatkan kemahiran atau unit tertentu
|
Ujian
Kumpulan
|
- Dalam
kumpulan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
- Formal
atau tidak formal
- Tiada
arahan tertentu
|
Ujian
Individu
|
- Secara
individu sesama proses pengajaran dan pembelajaran
- Soalan
digubal oleh guru
- Tiada
arahan tertentu
|
Ujian
Berdasarkan Kurikulum
|
- UPSR,
PMR, SPM, STPM
-
Berdasarkan kandungan kurikulum yang digunakan di sekolah
|
Ujian
Formatif
|
- Mengesan
kemahiran yang dikuasai oleh muris setelah sesuatu kemahiran diajarkan.
- Kerap
dijalankan
|
Ujian
Sumatif
|
-
Merumuskan pencapaian murid setelah satu unit pengajaran dijalankan
- Satu gred
diberikan sebagai tanda tahap pencapaian murid
|
Ujian
Saringan
|
-
Mengenalpasti dengan lebih terperinci masalah dalam pembelajaran yang
dihadapi
- Selepas
ujian ini dijalankan, jenis dan ciri masalah yang murid hadapi dapat
diketahui
|
Ujian ‘Speed’
|
- Perlu
dihabiskan dalam masa yang agak terhad.
- Contoh :
ejaan, tulisan dan bacaan
- Tidak
formal
|
Ujian ‘Power’
|
- Kekuatan
murid menguasai sesuatu kemahiran
- Kekuatan
ingatan tentang sesuatu topik yang telah dipelajari
- Menggunakan
masa yang agak lama untuk dihabiskan
- Item agak
sukar sedikit
- Contoh :
menulis, karangan dan laporan
|
D) Pembelajaran
Dan Pengajaran
-Berikut adalah teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dijalankan dalam Program Pendidikan Khad si sekolah rendah dan menengah.
Sebelum proses pengajaran dan pembelajara diadakan, guru hendaklah memahami
tentang strategi dan teknik sendiri.
- Teknik dan strategi > kebolehan guru untuk menyusun, merancang dan
menguruskan pengajaran dan pembelajaran supaya murid mendapat hasil
pembelajaran yang baik dan semaksimum mungkin.
- Antara tekniknya adalah seperti dalam jadual dibawah.
1. Teknik
pemusatan kepada murid
|
- Murid
memainkan peranan yang penting dan bergerak aktif dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.
- Guru mudah
mendapat jawapan dan tindak balas daripada murid kerana begitu minat untuk
belajar.
|
2. Teknik
pemusatan kepada guru
|
- Guru yang
banyak memainkan peranannya. Murid hanya mendengar dan agak pasif.
- Guru
banyak bercakap dan akan menguasai bilik darjah.
- Guru dan
guru pembantu pengurusan murid dan bekerja keras untuk menarik perhatian
murid untuk belajar dan seterunsya mengikuti pelajaran pada hari tersebut.
|
3. Teknik dua
hala
|
- Bersifat
demokrasi
- Guru dan
murid boleh berinteraksi iaitu secara dua hala
- Kedua-duanya
memainka peranan yang penting iaitu guru mengajar murid belajar.
|
4. Teknik
berpusatkan bahan bantu mengajar
|
- Guru
menggunakan banyak bahan bantu mengajar murid untuk menarik minat dan
perhatian murid.
- Bahan
bantu dapat membantu murid memahami perkara yang diajar oleh guru.
|
-Kaedah dan pendekatan yang dapat digunakan dalam Program Pendidikan
Khas untuk masalah pembelajaran. Antara kaedah yang disarankan adalah :
1. Kaedah
belajar sambil bermain
|
- Murid
akan berasa seronok dan bergembira. Dasar Pendidikan Khas, iaitu murid
belajar dalam suasana yang menyeronokkan.
|
2. Kaedah
simulasi
|
- Daya
tarikan untuk murid belajar .
- Contohnya
: guru meminta murid bersama-sama rakannya melakonkan tajuk yang sedang
dipelajari.
|
3. Kaedah
menggunakan teknologi meklumat
|
-
Menggunakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi seperti komputer
pintar kerana murid sangat berminat dengan visual yang berwarna-warni dan
pelajari.
- Murid
lebih tertarik melihat dan mendengar terutama lagu, puisi berirama untuk
kanak-kanak dan siri kartun yang mempunyai unsur pengajaran.
|
4. Kaedah
pengajaran individu
|
- Kaedah
pengajaran individu merupakan kaedah yang sangat baik jika dapat dilaksanakan
dnegan betul.
- Murid
lebih faham dan boleh menjawab soalan dengan lebih baik.
|
5. Kaedah
pengajaran kumpulan
|
- Kaedah
yang melibatkan semua murid dalam sesi pembelajaran.
- Murid
belajar dan melakukan aktiviti secara bersama.
|
6. Kaedah
tunjuk cara
|
- Guru
menunjukkan cara membuatkan sesuatu dan murid akan mengikut secara individu.
- Biasanya
aktiviti ini sesuai untuk pelajaran Kemahiran Amalan Berdikari seperti
membuat air teh.
|
E) Isu dan
trenda
- Penggunaan secara kekerasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
terhadap muris-murs berkeperluan khas juga perlu diambil kira. Perkara ini
sepatutnya tidak boleh diamalkan. Wujudnya kekerasan terhadap kanak-kanak khas
digunakan oleh guru semasa mengajar murid . Murid-murid berkeperluan khas
ditakutkan dengan rotan dan mereka juga dipukul kerana tidak mendengar arahan
guru.
- Isu ini sangat serius kerana boleh menyebabkan murid menjadi takut dan
menjadi lebih degil dan tidak mendengar kata. Apa yang diperhatikan, terdapat
satu ketika dimana pembantu pengurusan murid (PPM) menakutkan murid yang nakal
dengan besi yang panas.
- Walapupun niat beliau mungkin hanya untuk memberitahu bahawa besi itu
panas namun tidak seharusnya beliau membiarkan kanak-kanak berkeperluan khas
yang nakal tadi menyentuh besi tersebut.
- Perkara yang lebih membimbangkan seperti kecederaan boleh berlaku, ini
sekaligus akan memberi kesan yang lebih buruk terhadap sekolah.
- 1.6 Isu Profesionalisme Guru Dewasa kini, isu hangat yang seringkali
diutarakan mengenai profesionalisme guru dan perkara ini berkaitan dengan sikap
guru yang tidak bermoral.
l PENYEDIAAN
PELBAGAI JENIS PERKHIDMATAN KHAS
A) Intervensi
awal
- Proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada
kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan
fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang
pembelajaran.
- Memenuhi keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas
dalam lima bidang perkembangan perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi,
sosial dan emosi dan adaptasi melalui beberapi terapi.
1. Terapi
fisio
|
- Membantu
kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar dan halus badan serta
membantu mereka kembali ke tahap fizikal yang mampu dicapai.
- Antara
kaedah yang boleh digunakan ialah mengurut, penyejukkan dan pemanasan.
|
2. Terapi main
|
- Merupakan
sebarang aktiviti kanak-kanak yang boleh memberi kegembiraan dan kepuasan
kepada kanak-kanak tanpa mengambil kira hasil aktiviti.
- Memberi
peluang kepada kanak-kanak untuk memantapkan pergerakan motor kasar dan motor
halus serta meningkatkan konsep kendiri.
|
3. Terapi cara
kerja
|
-
Meningkatkan tahap kefungsian seharian individu yang mempunyai masalah mental
dan fizikal pada semua peringkat umur.
- Sejenis
pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang dan tertumpu kepada
aktiviti hidup sehrian, penjagaan diri dan keupayaan berdikari.
|
4. Terapi
muzik dan nyanyian
|
- Satu
terapi ekspresif terdiri daripada proses interpersonal iaitu pengamal terapi
muzik menggunakan peralatan muzik dan semua aspek fizikal, emosi, mental,
sosial, estetik dan rohani untuk menambah baik dan mengekalkan kesihatan
mereka.
|
5. Terapi
alternatif
|
- Antara
terapi alternatif ialah terapi berkuda.
- Boleh
memotivasikan anak yang memiliki masalah mental dan emosi serta sambil lewa
dalam belajar.
- Membantu
menungkatkan daya konsentrasi, menerap nilai kesabaran dan berdisiplin
tinggi.
|
B) Peralatan
- Murid berkeperluan khas berminat untuk belajar apabila mereka melihat
banyak bahan maujud (bahan yang merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang
boleh dipegang dan disentuh) dan bahan bantu mengajar yang berwarna-warni.
- Bahan bantu mengajar yang menarik dan berwarna-warni bukan sahaja
mudah difahami oleh murid, malahan mereka akan melibatkan diri secara aktif
dalam kelas.
- Biasanya pihak sekolah akan membeli bahan bantu mengajar yang bersaiz
besar dan jenis tidak mudah pecah kerana murid berkeperluan khas menggunakan
bahan tersebut secara berulang kali.
- Antara bahan bantu mengajar serta peralatan yang terdapat dalam kelas
pendidikan khas adalah seperti berikut:
i) Carta -
sangat sesuai digunakan semasa mengajar. Murid lebih seronok jika mereka dapat
melihat certa yang berwarna-warni.
ii) Bahan replika
- terdiri daripada replika haiwan plastik dan buah-buahan. Sangat sesuai kerana
bahan replika ini bukan sahaja boleh mengenal bentuk dan rupa malah mereka
boleh menyentuh rupa bentuk sesuatu objek tersebut.
iii) Bahan
peralatan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik - Peralatan untuk Bahasa
Melayu dan Matematik seperti kad huruf, kad nombor, kad perkataan dan kad
bacaan.
iv) Bahan
peralatan seni - seperti hasil kerja tangan dan bahan lukisan.
C) Kepakaran
- Guru yang terlibat dengan pendidikan khas kanak-kanak istimewa perlu
mempunyai kelayakan dan latihan yang professional demi memastikan corak
pengajaran yang disampaikan bersesuaian dengan kanak-kanak istimewa.
- Langkah ini diambil untuk menyediakan peluang latihan prodessional
kepada guru-guru dan mereka yang berminat dalam pendidikan khas kerana sedar
kurangnya peluang-peluang seperti ini
ditawarkan.
- Ianya diharap dapat menyumbang kepada pendedahan kepada guru khasnya dan
masyarakat tentang pendidikan khas kanak-kanak istimewa.
D) Prasarana
- Guru perlu mengetahui cara menyusun kelas mengikut keperluan murid
bagi bilangan murid antara enam hingga tujuh orang dengan kategori masalah
murid.
- Sebelum murid sampai sekolah untuk belajar, guru perlu menyusun dan
merancang bilik darjah terlebih dahulu.
- Bilik darjah yang kondusif menarik minat murid untuk belajar iaitu
bilik darjah yang selesa, ruang yang luas dan keselesaan untuk murid belajar.
- Mengelakkan suasana kelam kabut dan tidak terurus. Pengurusan bilik
darjah memerllukan kecekapan, kreativiti dan daya inovatif guru.
E) Kemudahan-kemudahan
- Guru kelas pendidikan khas perlu berbincang dengan pentadbir sekolah
untuk melengkapkan kelas pendidikan khas.
- Jika sebuah kelas aliran perdana boleh memuatkan seorang guru dan 45
orang murid, tetapi kelas pendidikan khas perlu diubah suai supaya sesuai
dnegan Program Pendidikan Khas.
- Guru pendidikan khas perlu membahagikan kelas kepada beberapa bahagian
untuk memudahkan pengurusan kelas.
F) Isu dan
trenda
- Isu mengenai guru yang tidak bertanggungjawab dimana kanak-kanak akan
terabai dan sekaligus mendorong masalah yang lain seperti masalah keciciran dan
sosial.
- Isu guru sandaran tidak terlatih juga seringkali hangat disebut dalam kalangan
pendidik dan juga golongan akademik yang lain.
- Disebabkan itulah kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah
seperti mengadakan Kursus Dalam Cuti untuk guru sandaran tidak terlatih (
akhbar utusan.27/07/2011).
- Seperti sedia maklum, guru yang tidak terlatih ini langsung tidak
mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai ilmu perguruan maka sudah tentulah
akan berlaku juga keincangan dan kelemahan dalam mendidik anak-anak murid dalam
pendidikan khas misalnya.
- Kurangnya pengetahuan mengenai kanaj-kanak berkeperluan khas boleh
menyebabkan guru menggunakan kaedah dan teknik yang salah.
BAB 6 KHIDMAT SOKONGAN
1. JENIS DAN PERANAN MENGIKUT KEPERLUAN KANAK-KANAK REMAJA
2. PERANAN IBU BAPA DAN KELUARGA
Pada zaman era
globalisasi, Pendidikan Khas di negara Malaysia kini sudahpun dibela dan tidak
lagi terasing dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pendidikan khas bereerti kaedah-kaedah
yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami
pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Hal
ini adalah untuk memberi keperluan yang sepenuhnya kepada kanak-kanak keperluan
khas untuk berdikari atau melakukan
ativiti-aktiviti harian yang biasa dilakukan oleh manusia yang normal. Apabila
kanak-kanak berkeperluan khas ini boleh berdikari dan menguruskan diri mereka
sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain, ini bermakna mereka telahpun
boleh melakukan aktiviti harian mereka seperti manusia biasa walaupun
kadangkala mereka memerlukan sedikit pertolongan daripada manusia normal.
Seperti yang telah
kita ketahui, walaupun kanak-kanak berkeperluan khas ini sedikit demi sedikit
sudah boleh berdikari dengan sendiri, mereka juga memerlukan perhatian,
keperluan yang berbeza dan bantuan yang boleh membantu mereka untuk melakukan
sesuatu perkara yang menggganggu pergerakan mereka. Hal ini merujuk kepada
kekurangan yang ada pada diri mereka. Khidmat sokongan biasanya dalam bentuk
bantuan atau pertolongan seperti penasihat, khidmat kepakaran,perundangan, kewangan, kemudahan atau psikologi dalam menangani
murid-murid pendidikan khas bagi mencapai matlamat pendidikan.
Menurut Cook&Friend (1991), mereka juga telah mendefinisikan
khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsung sekurang-kurangnya
antara dua kumpulan yang bersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai
matlamat yang sama. Disini saya jelas
bahawa Cook&Friend mahu menyampaikan maksud khidmat sokongan dengan
menyatakan bahawa kedua-dua belah pihak membuat keputusan yang sama dan
keputusan itu telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak untuk mencapai
sesuatu matlamat.
Walaubagaimanapun,
setiap apa yang dicapai oleh kanak-kanak berkeperluan khas ini dengan jayanya,
sudah semestinya ada pihak-pihak yang membantu dan menjadi tulang belakang
kanak-kanak berkeperluan khas ini. Bagi pendapat masyarakat yang masih tidak
tahu dan kurang pengetahuan tentang hal ini, pasti mereka akan mengatakan
bahawa hanya ahli keluarga kanak-kanak berkeperluan khas dan guru pendidikan
khas sahaja yang perlu memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak
berkeperluan khas ini. Sesungguhnya, dengan rendah hati saya mengatakan bahawa
pendapat itu adalah tidak relevan kerana yang sepatutnya semua pihak wajib
memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Dalam konteks sebegini sepatutnya
kesemua pihak perlu melakukan satu kolaborasi yang dapat membantu kanak-kanak
berkeperluan khas ini demi memastikan mereka ini dapat mencapai kejayaan dalam
kehidupan mereka sepertimana kanak-kanak biasa dapat dalam kehidupan mereka.
Sebelum masuk
dalam topik kolaborasi antara pelbagai pihak dan agensi, setiap masyarakat
perlu tahu kepentingan kolaborasi dalam pendidikan khas ini. Antara kepentingan
kolaborasi adalah supaya semua masyarakat dapat berganding bahu dalam memberi
sokongan padu kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Hal ini adalah supaya
kanak-kanak berkeperluan khas tidak rasa tersisih oleh masyarakat diluar sana.
Tambahan lagi, kepentingan kolaborasi adalah supaya dapat memberi kesedaran
kepada masyarakat bahawa kanak-kanak berkeperluan khas ini juga mempunyai hati
dan naluri yang sama seperti manusia biasa walaupun dari segi fizikal dan
mental mereka terdapat sedikit kecacatan yang tidak ada pada manusia biasa.
Kanak-kanak berkeperluan khas perlu diberi hak kesamarataan sama seperti
kanak-kanak biasa supaya mereka tidak kelihatan asing dalam masyarakat kerana
mereka juga merupakan makhluk yang dicipta oleh Tuhan.
Seterusnya,
peranan ibu bapa dan keluarga yang memiliki ahli keluarga yang istimewa. Mereka
merupakan tunggak utama dalam membentuk dan mendidik kanak-kanak berkeperluan
khas ini sebelum dimasukkan ke sekolah khas. Ibu bapa juga seharusnya memberi
latihan yang bersesuaian kepada anak-anak sewaktu mereka di rumah dan ibu bapa
juga perlu mengesan dengan secepat yang mungkin sama ada anak-anak mereka
mempunyai masalah yang dapat dipulihkan dengan kadar segera. Sekiranya
kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak dapat dikesan pada peringkat awal, maka
rawatan boleh diambil dengan segera walaupun rawatan yang dijalankan tidak
memberi jamin untuk kanak-kanak itu sembuh seperti kanak-kanak biasa.
Kini beralih
kepada apa yang dimaksudkan dengan kolaborasi. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2007:804) kolaborasi bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau
orang jahat. Akan tetapi apa yang cuba disampaikan dalam kamus dewan ini,
kolaborasi itu dimaksudkan dengan kerjasama. Dalam tugasan ini, saya diberi
tugas dibawah tajuk Khidmat Sokongan dimana dalam tajuk ni juga terdapat
beberapa subtopik iaitu berkaitan dengan kolaborasi antara pelbagai pihak dan
agensi. Oleh itu saya akan mengupas kolaborasi yang dilakukan oleh pelbagai
pihak yang sepatutnya mereka lakukan untuk kanak-kanak berkeperluan khas ini.
Pihak pertama yang
perlu memainkan peranan penting selepas ibu bapa ialah, guru. Kebiasaanya,
guru-guru pendidikan khas dikaitkan dengan kanak-kanak berkeperluan khas ini,
akan tetapi selain daripada guru-guru pendidikan khas, guru-guru biasa juga
perlu memainkan peranan penting dalam kolaborasi ini. Sudah menjadi
tanggungjawab bagi seorang guru untuk membantu ibu bapa dalam menilai masalah
yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas ini. Tambahan lagi, guru juga
perlu peka dan bijak dalam menyediakan program-program yang bersesuaian dengan
kanak-kanak berkeperluan khas ini. Kolaborasi antara guru dengan ibu bapa mampu
mewujudkan hubungan yang baik antara mereka kerana dengan kolaborasi yang
dibuat antara guru dengan ibu bapa itu telah sedikit sebanyak membantu
meringankan bebanan ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Secara
konkulsinya, kolaborasi antara guru bersama pihak ibu bapa sangat memberikan
momentum yang terbaik untuk dapat dilakukan bagi kanak-kanak berkeperluan khas
pada masa akan datang.
Pihak kedua pula
ialah kementerian dan agensi kerajaan. Pihak kerajaan menyediakan satu agensi
yang membela nasib kanak-kanak berkeperluan khas atau orang kurang upaya (OKU)
iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat. Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah
menyediakan kemudahan untuk membolehkan orang kurang upaya atau kanak-kanak
berkeperluan khas ini menjalani kehidupan yang normal seperti manusia biasa.
Contohnya, menyediakan laluan yang sesuai untuk kerusi roda,cermin mata khas,
tongkat, tangan palsu, kaki palsu dan lain-lain lagi bagi orang kurang upaya
yang tidak berkemampuan atau miskin. Dengan adanya kemudahan sebegini dapat
membantu orang kurang upaya atau kanak-kanak berkeperluan khas bergerak serta
memudahkan mereka untuk mendapat pekerjaan.
Di samping itu, Jabatan
Kebajikan Masyarakat juga mengadakan Elaun Pekerja Cacat (EPC). Elaun insentif
kepada orang kurang upaya yang
bekerja dan berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bagi individu untuk
menggalakkan mereka berminat bekerja. Skim ini bertujuan menggalakkan orang kurang upaya
berdikari dan penyenggaraan pendapatan dapat memenuhi keperluan asas kehidupan orang kurang upaya dan
tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. Selain daripada itu juga, Jabatan
Kebajikan Masyarakat juga menyediakan faedah seperti pemeriksaan kesihatan,
pemberian ubat dan kemudahan wad di hospital kerajaan secara percuma, potongan
tambang perjalanan, pengecualian cukai jalan, dokumen perjalanan percuma,
tambahan pelepasan cukai pendapatan, potongan duti eksais bagi pembelian
kenderaan nasional dan potongan harga bagi pembelian rumah kos rendah. Latihan
pemulihan seperti latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal,
pendidikan agama, rekreasi dan aktiviti luar diberikan kepada individu orang
kurang upaya kategori terencat akal sehingga ke tahap sempurna mengikut kemampuan
dan kebolehan masing-masing. Perlindungan dan jagaan diberi kepada orang kurang
upaya yang mengalami kecacatan yang teruk.
Pihak
yang seterusnya pula ialah agensi bukan kerajaan (NGO). Antara salah satu
contoh agensi bukan kerajaan ialah Yayasan Sindrome Down Kiwanis. Yayasan ini merupakan
salah satu pusat pemulihan dalam komuniti bukan kerajaan yang bertujuan
membantu murid-murid down syndrome mendapat pelajaran serta latihan kemahiran
hidup sebelum mereka dihantar ke sekolah khas kerajaan. Maka dengan adanya pihak NGO yang bertanggungjawab
sebegini akan dapat membantu serba sedikit kepada kanak-kanak berkeperluan khas
untuk mereka berdikari walaupun tidak sepenuhnya sebelum mereka masuk ke
sekolah khas.
Manakala
komuniti juga perlu memainkan peranan penting dalam hal ini. Komuniti perlu
mengambil berat dan mereka perlu bersikap terbuka dan merendahkan diri mereka
dengan membantu golongan kurang upaya ini sekiranya mereka meminta bantuan atau
pertolongan daripada mereka. Selain itu juga, komuniti tidak boleh mencabuli
hak golongan kurang upaya kerana mereka juga mempunyai hak mereka sendiri.
Contohnya, di pusat membeli belah terdapat tempat letak kereta untuk golongan
kurang upaya. Bagi manusia yang cukup sifat dan sempurna akal, sudah semestinya
mereka faham dan tahu bahawa kawasan itu adalah tempat untuk golongan kurang
upaya. Jadi, mereka tidak sepatutnya meletakkan kereta mereka di kawasan
golongan orang kurang upaya. Hal ini akan menunjukkan sikap yang kurang
prihatin oleh komuniti terhadap orang kurang upaya.
Pihak yang selanjutnya ialah pakar perubatan. Orang yang memiliki keakaran dalam bidang perubatan pasti akan tahu apa yang perlu dilakukan oleh mereka terhadap golongan begini kerana mereka mahir dalam hal-hal ini. Antara pakar perubatan ialah pakar audiologi, pakar neurologi, pakar oftalmologi dan pakar pediatrik.
Pihak yang selanjutnya ialah pakar perubatan. Orang yang memiliki keakaran dalam bidang perubatan pasti akan tahu apa yang perlu dilakukan oleh mereka terhadap golongan begini kerana mereka mahir dalam hal-hal ini. Antara pakar perubatan ialah pakar audiologi, pakar neurologi, pakar oftalmologi dan pakar pediatrik.
Peranan pakar
pediatrik adalah bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan
merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah pembelajaran seperti
genetik, kewarisan, prenatal dan postnatal.Pakar
pediatrik ini yang akan memberitahu apakah punca kanak-kanak itu boleh menjadi
sedemikian. Bidang perubatan pediatrik merupakan kumpulan khusus untuk merawat
pesakit dalam lingkungan umur bayi hingga peringkat remaja yang berumur 18
tahun. Ia membabitkan rawatan penyakit yang
biasa dan jarang kali berlaku kepada kanak-kanak dalam peringkat umur tersebut.
Selain itu, doktor pakar pediatrik juga akan meneliti perkembangan dan
tumbesaran kanak-kanak dalam tempoh tertentu.
Bagi pakar audiologi pula
berperanan dalam pencegahan,
pengenalpastian, penilaian dan pengurusan individu-individu yang mengalami
masalah pendengaran. Bidang tugas dan peranan seorang audiologi
antaranya ialah memberikan perkhidmatan ujian pendengaran pada kanak-kanak dan
orang dewasa yang mengalami masalah pendengaran. Manakala, pakar
neurologi pula berperanan mendiagnostik dan mengubati penyakit
yang berkaitan dengan neuorologikal seperti kecederaan otak. Pakar oftalmologi merupakan pakar mata atau dipanggil
sebagai pakar optik. Mereka memainkan peranan dalam memeriksa tentang kesihatan
mata dan penglihatan manusia sama ada mata dalam keadaan baik atau mempunyai
masalah terhadap mata seseorang.
Akhir sekali
berkaitan dengan isu dan trenda. Dalam hal kolaborasi ini, sudah semestinya
pasti akan ada isu yang berkaitan. Misalnya kanak-kanak berkeperluan khas pasti
akan diabaikan jika tiada akta yang dapat membela nasib mereka. Akan tetapi,
kini nasib kanak-kanak berkeperluan khas atau orang kurang upaya telahpun
terbela kerana di negara Malaysia telah wujudnya Akta Pendidikan 1996 yang
mengandungi satu bab yang berkaitan dengan Pendidikan Khas. Manakala isu lain
yang berkaitan dalam hal ini pula yang kini semakin hangat ialah isu ibu bapa
yang tidak mahu menghantar anak-anak mereka yang berkeperluan khas ke
sekolah-sekolah yang disediakan oleh pihak kerajaan. Hal ini kerana ibu bapa
merasakan bahawa anak-anak mereka tiada harapan untuk teruskan kehidupan
seperti anak-anak normal dan anak-anak mereka tidak layak untuk hadir ke
sekolah kerana anak-anak mereka sudah sedia maklum tidak akan dapat memahami
apa yang diperkatakan oleh seseorang kepada anak-anak mereka. Tanggapan seperti
ini perlu dibuang jauh-jauh dalam pemikiran ibu bapa yang mempunyai anak-anak
berkeperluan khas dan mereka perlu diberi pededahan mengenai anak-anak istimewa
ini. Hal ini kerana banyak kebaikan dan kelebihan yang akan kanak-kanak
berkeperluan khas miliki. Oleh sebab itu, kanak-kanak berkeperluan khas perlu
diberi perhatian yang lebih kerana mereka memerlukan khidmat sokongan daripada
masyarakat agar mereka dapat meneruskan kehidupan mereka di bumi ini.
BIBLIOGRAFI
R.M Gargiulo. (2012). Special Education In Contemporary Society. Canada: SAGE
Publications, Inc.
Barrie Wade
& Maggie Moore. (1987) Special Children…Special Needs (Provision in
Ordinary Classrooms). London: Biddles Ltd.
Samuel A. Kirk
et al. (2006). Educating Exceptional Children. U.S.A :
Houghton Mifflin Company.
U.S.
DEPARTMENT OF HEALTH AND HUMAN SERVICES, Autisme Spectrum Disorders(2016),Dicapai pada 3 Ogos 2018,daripada
Khadijah Ishak, Ciri-ciri kanak kanak pintar cerdas. (2011), Dicapai pada 5 Ogos 2018,daripada
http://khadishak.blogspot.com/
Liew Pang Yee & Manisah Mohd
Ali. (2008). Amalan program interversi awal kanak-kanak mengikut perspektif
bapa, Jurnal Pendidikan. 33.20&21. Zainal Kassan & Suhaila
Abdullah, (2010). Pendidikan Disleksia. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Ramlan Salim, (2015). Masalah
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd
Yasmin Hussain, (2013). Terapi
Dalam Pendidikan Khas. Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.
(t.p), (2004). Program
Pendidikan Khas Tahap 1 (2004). Dicapai pada 9 Ogos 2018, daripada
web.usm.my/beru/pendidikan%20khas.htm.
Kagan & Sharon L. (1991) . Collaboration in Early
Care and Education: What Can and Should We Expect? . E-journal of Education
Sciences . v47 ,n1, p51-56
Friend MCook LHurley-Chamberlain D, et al. (2010) . Co-teaching: An illustration of the
complexity of collaboration in special education.
Journal of Educational and Psychological Consultation. 20(1), 9-27. doi:
10.1080/10474410903535380
Samuel A.Kirk et.al.
(2006) . Educating Exceptional Children. Boston,New York :Houghton Mifflin
Company.
Shahla Alizadeh et.al (2011). Relationship between
Parenting Style and Children’s Behavior Problems . Journal Asian Social Science
.7(12), p195 . doi: :10.5539/
Jamila K.A Mohamed. (2005). Pendidikan Khas Untuk
Kanak-Kanak Istimewa. Bentong, Pahang : Publishing
Sdn.Bhd.
Richard M.G. Special Education in Contemporary Society. (2012). Thousand Oaks, California.
SAGE Publications .Inc.
(t.p). (t.t). Diambil pada 6 OGOS 2018. Malaysia.
Jabatan Kebajikan Masyarakat. http://www.jkm.gov.my/
Zulkiple Ibrahim. (Mei,2009). Ada harapan di Yayasan Sindrome Down Kimanis.
Mstar Online. Diambil daripada http://www.mstar.com.my/lain-lain/rencana /2009/05/11/ada-harapan-di-yayasan -sindrom-down-kiwanis/
https://www.utusanborneo.com.my/2017/03/07/jangan-guna-kemudahan
asas-untuk-golongan-oku-fatimah
Ranjini a/p Supramoney&Wan Kamisah bt Wan Mokhtar.
(t.t). Diambil daripada http://pendidikankhaskbk6014.yolasite.com/resources/Peranan%20Multidisiplin....pdf
Mohamed Saari. (2017, Julai 12). Ibu bapa jangan sisih, sorok anak OKU. Utusan Online. Diambil daripada http://www.utusan.com.my/ berita/wilayah/johor/ibu-bapa -jangan-sisih-sorok -anak - oku-1.501693
Comments
Post a Comment